Wednesday, July 16, 2008

Apa tujuan wanita dicipta??

Kata Saya: Pakaian sopan kurangkan kes jenayah seksual





APAKAH tujuan wanita dicipta? Dalam Islam, Hawa dicipta untuk menemani Nabi Adam di syurga. Oleh itu, jelas bahawa wanita dicipta untuk berkongsi kehidupan dengan lelaki.


Untuk itu, bentuk fizikal kaum Hawa dicipta berlainan daripada kaum Adam supaya mereka saling melengkapi antara satu sama lain dengan masing-masing ada tugas mengikut fitrah dan bentuk fizikal yang Allah jadikan. Walaupun tugas wanita pelbagai, yang asasi mereka itu diciptakan untuk memenuhi kehendak lelaki. Wanita diperlukan lelaki untuk menunaikan fitrahnya secara biologi. Nafsu kelamin bukanlah satu perkara kecil. Lelaki sanggup berhabis ribuan ringgit untuk berkahwin.


Lelaki tidak seperti wanita, dan tidak pernah terliur kalau tidak dapat pakaian cantik, pinggan mangkuk yang mahal, apalagi perhiasan intan berlian. Orang lelaki tidak tertarik kepada itu semua. Bagaimanapun, keadaan berbeza apabila lelaki bertembung wanita cantik, yang dedah aurat dan manja pula. Itu yang boleh buat lelaki tidak boleh tidur.


Hakikatnya jelas, keinginan lelaki kepada wanita lebih besar daripada keinginan wanita terhadap lelaki. Lelaki mudah terangsang bila melihat wanita seksi yang terdedah auratnya, sedangkan wanita umumnya tidak mudah terangsang dengan hanya melihat lelaki walaupun lelaki itu terlalu kacak.Wanita diperintahkan Allah menutup aurat kerana jika dibenarkan wanita dedah aurat, inilah yang jadi punca kerosakan dalam masyarakat. Wanita yang mendedahkan aurat bermakna dia sengaja mendedahkan dirinya untuk menjadi bahan rangsangan lelaki.


Lelaki yang tipis imannya, bila sudah terangsang tidak kira lagi halal atau haram, dosa atau pahala, akan mencari jalan untuk melepaskan keinginannya kepada wanita. Berlakulah kes rogol dan zina.


Dalam soal berpakaian, sejauh mana ukuran kesopanan pakaian yang dikatakan itu? Kalau ikut orang Melayu, pakai baju kurung itu sopan, baju kebaya pun pakaian sopan, tetapi apakah pakaian berkenaan sudah cukup sopan mengikut syariat?Wanita sepatutnya sedia maklum, pakaian yang diiktiraf untuk wanita Mukmin yang boleh menyelamatkannya daripada mata keranjang lelaki ialah mempunyai ciri-ciri tertentu. Pakaian itu mestilah daripada warna gelap, longgar dan tidak menampakkan bentuk badan. Pakaian itu dapat menutup kecantikan wanita.Tempat paling cantik bagi wanita ialah pada mukanya. Jadi muka kena tutup sebab di situlah kecantikan wanita dapat disaksikan dalam keadaan dia sudah bertudung. Yang penting, pakaian itu dapat menyelamatkan wanita daripada diganggu. Tentulah maksud diganggu itu luas, antaranya termasuk daripada gangguan lelaki. Jadi, tidak ada sebab wanita akan jadi mangsa lelaki kalau dia benar-benar mengikut ciri-ciri pakaian yang diperintahkan Allah kerana Allah sendiri yang menjamin keselamatannya.Juga tidak hairanlah kalau wanita yang memakai pakaian sopan ikut selera orang Melayu akan jadi mangsa gangguan lelaki kerana pakaian kebaya yang dikatakan sopan itu sangat menampakkan bentuk tubuh badan wanita, terutama bahagian dada. Begitu juga baju kurung, masih tidak memenuhi ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh Islam, melainkan kalau baju kurung itu dibuat besar, longgar dan daripada kain yang berwarna gelap. Oleh itu, adakah wajar kita meletakkan kesalahan kepada lelaki semata-mata kalau berlaku kes rogol?


Lelaki yang terangsang nafsunya mungkin tidak dapat melepaskan kepada wanita yang merangsangnya, atau tidak dapat mendekati wanita muda itu, lelaki yang memang gila tanpa memilih bulu, tanpa mengira usia melakukan kegiatan jenayah itu sekali pun terhadap kanak-kanak. Adakah wajar kita menyalahkan lelaki jika mereka berkahwin lagi kerana tidak tahan dengan godaan? Adakah wajar kita menyalahkan lelaki semata-mata terbabit dalam perlakuan zina, sedangkan hakikatnya wanita yang memulakan dulu sehingga menyukarkan lelaki membendung keinginannya? Cuba kita renungkan masalah ini

CALON ISTERI


CALON ISTERI....

Ceritanya begini, suatu hari di Kampung Pandan, Kuala Lumpur,ada seorang ibu yang gusar
kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawakla calon-calon yang
dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya
Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kot-kot yang mana-mana dia berkenan...


CALON PERTAMA:

Ciri-ciri : Kulit cerah, rambut ikal mayang, pipi gebu, BUKIT besar.....
Pekerjaan : Operator telefon merangkap receptionist

Si anak lelaki menolak calon pertama. Si ibu bertanya mengapa dia menolak, lalu si anaknya pon
berkata:
" Ala Mak...nih tak syiioookkkk. ...dia nih selalu cakap
SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR"


CALON KEDUA:
Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar,badan 100% bergetah, BUKITnya Just nice
Pekerjaan : Setiausaha

Lalu sianak lelaki berkata "Nih lagi tak syyiiiooookkkk. ..asyik-asyik
HARAP BERSABAR...BERSABAR "


Si ibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak
lelakinya... lalu dia pon menjemput calon terakhir...


CALON TERAKHIR:

Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita, mata sepet sikit, badan 99.99999% bergetah, BUKITnya kurang memuaskan
Pekerjaan : Guru.

Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini bersetuju untuk memilih calon ini.
Lalu si ibu pon pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini.

Lalu anaknya pun memberitahu. ..
"Hah! mak nih la syyiookkk sikit...kalau cikgu best sikit..pasal dia selalu cakap
ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK,
SALAH NIH,BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI,
TERUSKAN..HAH. .TERUSKAN DAH BETUL TUH..."

Tiba-tiba adik ! lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk plak... "Bang!!!.... Konduktor bas mini lagi bagus bang.... Diorang selalu cakap.... "NAIK CEPAT,NAIK CEPAT... MASUK,MASUK. ....MASUK LAGI, DALAM LAGI... DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHH HHHH, MASUK BELAKANG.... BELAKANG LAGI, LAGI BELAKANG SANA ...BELAKANG BANYAK KOSONG!..... .

Gadis bertudung labuh

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.

http://i7.photobucket.com/albums/y253/ahyana/buku_tudung.jpg

Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..

Monday, July 14, 2008

Perpisahan


adakah kenangan patut dilupakan?? atau bak kata lagu jamal sandarkan pada kenangan?? bg aku, apa guna kenangan itu jika hanya akan melukakan hati kita? adakah perpisahan itu satu tragedi yg berlaku hanya kerana "ada hikmah disebalik semua ini" atau "dia bukan jodoh".... melihat kepada situasi semasa, amat berbeda sikap2 gadis melayu bila berhadapan dgn perpisahan... ada yg berani memulakan langkah kerna sudah tidak bahagia, tapi ada juga berdiam diri dan menanti kata perpisahan drpd si teruna... kenapa ada yg sanggup sengsara dlm kehidupan kerana tidak sanggup berjuang utk kebahagiaan diri... hargai org lain seperti mana kita ingin dihargai.. jika itu tidak dpt dilakukan,, perpisahan lah jalan terbaik...

Sunday, July 13, 2008

Dimanakah kejujuran???



adakah tiada lagi erti jujur dan setia dlm kehidupan gadis2 melayu??? mengapa sering aku dengar gadis2 ku bermain belakang?? betapa murahnya harga sebuah kehidupan... hilangkah sifat perikemanusian dlm hati manusia??

Saturday, July 5, 2008

NORA DANISH




aku suka sangat dgn nora danish, sejak melihat kemunculan di dalam sitkom PUTERI,, hati ini terpikat dgn kecomelan dan kenakalan gadis ini, dgn suara yg ala2 manja dan badan yg genit... tak tahu ler mcm mana nora danish yg sebenar, tp i dh asik tebayang dgn nora danish nih... gadis yg manja2 nih.. mana nk cari ar??? hehehe